SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA, 01000 KANGAR, PERLIS.
Tel/Faks: 049767034
E-mel:skpdgkota@gmail.com

Wednesday, June 17, 2009

ESQ 165 TRAINING ANGKATAN 11 SIME DARBY

Pertama sekali saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah Taala kerana dengan izin-Nya tergerak hati saya untuk menghadiri Kursus ESQ 165 ini walaupun telah setahun ditawarkan untuk warga SKPK menghadirinya. Kursus ini telah diadakan pada 22-24 Mei 2009 di Maju Junction Kuala Lumpur. Saya menghadiri kursus ini bersama-sama 3 orang lagi rakan setugas. Sesungguhnya ia merupakan satu pengalaman yang luarbiasa yang tidak pernah saya alami sebelum ini. Terima kasih kepada penaja iaitu Sime Darby Berhad kerana sudi menaja kami untuk menghadiri kursus ESQ yang sepengetahuan saya mencecah ribuan ringgit untuk seorang peserta. Sempat juga jumpa dan berbual dengan En. Roslan Razak, Vice President 1 , Sime Darby Business School dan En. Mohd Sahlan bin Mohd Zaki , CSR-Group Human Resources. Terima kasih Sime Darby.

Apa Itu ESQ 165?

The ESQ Way 165 yang mensinergikan kekuatan IQ (Intelectual Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient) bagi melahirkan manusia cemerlang yang memiliki kekuatan karakter dan membawa perubahan drastik yang positif diilhamkan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian dari Indonesia.

Angka 165 dipilih bagi memberi makna iaitu, satu hati yang ihsan, 6 (prinsip moral) berdasarkan 6 Rukun Iman dan 5 (langkah) berdasarkan 5 Rukun Islam.


Metodologi

Peserta akan dituntun untuk membangkitkan 7 nilai dasar: jujur, tanggung jawab, wawasan, disiplin, kerjasama, adil, dan prihatin. Nilai-nilai ini sesungguhnya sudah tertanam dalam diri manusia sejak lahir. Melalui training ESQ ini peserta diarahkan untuk dapat mencapai nilai-nilai dasar tersebut dan membantu membangkitkan kekuatan tersembunyi serta mengerahkan seluruh potensi dirinya untuk kehidupan dan pekerjaan yang lebih produktif.Yang unik dan membezakan training ESQ dari latihan lainnya adalah training dibuat sedemikian rupa sehingga peserta akan merasa seperti menikmati sebuah pertunjukan yang penuh makna. Sebagai bahan pendukung, peserta juga akan diajak terlibat beberapa aktiviti dalam training seperti permainan, simulasi, serta saling berbahagi pengalaman di antara peserta. Bahan-bahan training akan disampaikan secara multimedia yang menggabungkan antara animasi, klip filem, efek suara, dan musik. Ditampilkan dengan medium beberapa layar besar hingga 4 x 6 m dengan tata suara sekitar 10.000 watt. Training dilaksanakan di berbagai tempat terpilih dengan standard tertentu untuk memastikan bahawa training dapat berlangsung nyaman dan menyenangkan bagi peserta.

Melalui ESQ Model, para peserta akan dibawa sehingga terwujudnya titik keseimbangan di antara Kecerdasan Intelektual, Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual di samping membebaskan diri dari segala macam bentuk gangguan yang membelenggu potensi diri serta mengeluarkan seluruh kekuatan dalaman untuk mencipta pembaharuan di dalam pekerjaan.

Faedah Kepada Organisasi

Melalui latihan ini, akan lahirlah individu-individu ‘baru’ yang mempunyai keseimbangan di antara Kecerdasan Intelektual, Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual yang sekaligus akan memberikan kesan langsung ke atas prestasi kerja yang lebih produktif dan bermutu setelah segala potensi diri dan kekuatan dalaman dapat digunakan sepenuhnya bagi merealisasikan matlamat diri para pekerja itu sendiri yang pastinya selari dengan matlamat dan hala tuju organisasi. Training ESQ juga dapat membantu organisasi dalam mewarnai suasana kerja yang kondusif dan selesa melalui perhubungan sesama pekerja yang mesra, akrab dan sihat sehingga akan terbentuk suatu budaya yang sungguh unik bagi organisasi tersebut.



Inilah antara yang dapat dibawa pulang setelah menghadiri kursus. Mr. Zero, CD Asmaul Husna dan buku tu kena jawap Kuiz spontan dulu...kalau betul baru dapat...satu lagi kena aktif....

Tuesday, June 16, 2009

KEM KEPIMPINAN 2009

Antara aktiviti yang dijalankan...



TARIKH : 12 HINGGA 14 JUN 2009
TEMPAT : D'YAN CHALET, YAN, KEDAH
SASARAN : PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS, KETUA DAN PEN. KETUA KELAS
BIL. PESERTA : 60 ORANG

Antara aktiviti yang dijalankan di sepanjang kursus ini ialah ceramah motivasi, Latihan Dalam Kumpulan, Jungle Trekking, dan Tazkirah/Muhasabah Diri. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2009

Tarikh : 1hingga3 Jun 2009
Tempat : Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis
Peserta : 51 orang

MAJLIS PERSARAAN PN. MAZNAH BT. LONG, GPK PENTADBIRAN


29 Mei 2009 - Majlis Persaraan Pn. Hajah Maznah bt Long, GPK Pentadbiran SK Padang Kota telah diadakan di Dewan Sri Kota, SK Padang Kota. Majlis yang penuh sejarah dan bermakna ini turut

dihadiri oleh guru-guru yang sempat berkhidmat bersama beliau di SK Padang Kota seperti Pn. Hjh Khadijah bt Hussain (bekas GPK Pentadbiran), Pn. Ku Safiah bt Ku Chin (bekas GPK Kokurikulum), dan En. Helmi bin Husin yang sekarang memegang jawatan Guru Besar di SK Ujong Batu.





Pn. Maznah sedang diarak pulang oleh guru-guru dan murid.







Pada sebelah malamnya diadakan jamuan makan malam bersama ahli-ahli Jawatankuasa PIBG dan guru-guru SK Padang Kota di Hotel Putra Palace. Dalam ucapan akhir beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak terutama semua guru yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada beliau sewaktu bertugas di SKPK. dan memohon berbanyak kemaafan sekiranya ada sebarang kesilapan yang dilakukan oleh beliau sepanjang menjalankan bertugas sebagai GPK Pentadbiran. Beliau juga menasihati guru yang sedang berkhidmat agar sentiasa mengambil berat tentang anak didik dan berkhidmat dengan penuh dedikasi dan sentiasa mengamalkan budaya "Muridku Tanggungjawabku".

Ucapan Selamat Bersara dari semua guru, staf serta murid-murid SKPK. Puan Maznah, Jasamu Sentiasa Dikenang.

KEMPEN MENCARI AHLI PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI










Pada 27 Mei 2009, Perpustakaan Awam Negeri telah mengadakan kempen Mencari Ahli di SK Padang Kota. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari tersebut seperti Bercerita, Tayangan Cerita, Pameran, Jualan dan Kempen mencari Ahli.

Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah


Setiap tahun, tanggal 16 Mei, semua sekolah akan menyambut Hari Guru. Tahun ini, sambutan Hari Guru peringkat SKPK disambut pada19 Mei secara sederhana, namun kemeriahannya tetap dirasai. Pelbagai aturcara diadakan seperti perhimpunan, bacaan perutusan, koir guru, bacaan ikrar, cenderahati untuk guru, bacaan sajak, koir murid, dan acara sukaneka.

Sunday, June 14, 2009

Tahniah Kepada Peserta Kuiz Kesihatan SKPK


Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan peserta Kuiz Kesihatan SKPK kerana berjaya menjadi Johan Peringkat PKP Paya yang telah berlangsung pada 15 Mei 2009 di PKG Tunjong.