SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA, 01000 KANGAR, PERLIS.
Tel/Faks: 049767034
E-mel:skpdgkota@gmail.com

Tuesday, October 20, 2009

Sehari Bersama Komuniti

Pada 15 Oktober 2009 (Khamis) pihak sekolah telah menganjurkan Program Sehari Bersama Komuniti dan Karnival Sukan RIMUP peringkat sekolah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara komuniti setempat khasnya ibu bapa murid sekolah ini. Ianya juga sebagai memenuhi masa terluang murid-murid Tahun 6 yang baru saja habis menduduki UPSR. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Senamrobik, Persembahan Gimrama, dan sukaneka.


Acara senamrobik

Paluan Kompang

Pn. Zainap bt. Sulaiman sedang menyampaikan cenderahati kepada wakil Sime Darby iaitu En. Mohd Sahlan b. Mohd Zaki.

Acara sukaneka 'Si Buta Mendapat Rezeki'

Sukaneka 'Boling Kelapa'

Hadiah disampaikan oleh Pn. Zainap bt Sulaiman, Guru Besar SKPK kepada pemenangPenyampaian hadiah untuk kategori keluarga.....

Wednesday, October 7, 2009

Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah

Pada 2 Oktober 2009 pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah. Majlis ini merupakan majlis tahunan sekolah yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga SKPK.

Pasangan duet glamour, En. Za Azlim dan En. Mohd Yusree.....pandai ke nyanyi?

Murid yang membuat persembahan diiringi muzik yang dimainkan oleh En. Abd. Razak.


Sesi paling best.....dapat makan laksa.....!


Cantik anak-anak kecil berpakaian raya....

SUMBANGAN DUIT RAYA

Tarikh :
Masa :
Tempat : Kantin Sekolah

Seramai 50 orang murid yatim dan miskin menerima duit raya sumbangan daripada Sime Darby Bhd dan orang perseorangan.

Sementara murid lain menerima duit raya hasil sumbangan para staf SKPK.