SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA, 01000 KANGAR, PERLIS.
Tel/Faks: 049767034
E-mel:skpdgkota@gmail.com

Sunday, January 31, 2010

Kursus Kepimpinan 2010

Alhamdulillah, akhirnya hari ini 31 Januari 2010 terlaksana sudah Kursus Kepimpinan 2010 untuk Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua Kelas dan Pen. Ketua Kelas. Peserta seramai 70 orang berjaya mengikuti kursus ini dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat..

Sesi ceramah

LDK 1

LDK 2

Saturday, January 23, 2010

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2010

TARIKH : 23 JANUARI 2010
HARI : SABTU


Murid berkumpul di Dataran SKPK untuk taklimat dan warming up.


Sungguh bersemangat pasukan rumah Satria....


Inilah laluannya..... desa yang permai lagi mempesona....


Pn. Zainap pun turut sama merentas desa.....tapi tak aci la...beliau naik motor dengan Umie...
Hati-hati Umie...tanah bendang berlumpur...nanti terbenam!!!!!!

Keputusannya:
Pertama : Rumah Satria
Kedua : Perdana
Ketiga : Wira
Keempat : Rumah Waja


MAJLIS PENTAULIAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PSS 2010

Tarikh: 18 Januari 2010
Hari : Isnin
Tempat : Dataran SKPK
Perasmian : Pn. Zainap Bt Sulaiman (Guru Besar, SKPK)
Bilangan Pengawas Sekolah : 36 0rang
Bilangan Pengawas PSS : 24 orang



Lafaz ikrar Pengawas Sekolah


Lafaz ikrar Pengawas Pusat Sumber Sekolah


Penyerahan Pentauliahan Watikah Pelantikan oleh Pn. Zainap bt Sulaiman (Guru Besar, SK Padang Kota)

PERJUMPAAN RUMAH SUKAN KALI PERTAMA 2010

Perjumpaan Rumah Sukan Kali Pertama 2010 telah diadakan pada 13 Januari 2010 pada jam 12.30 tgh. Rumah sukan pada tahun ini dinamakan berdasarkan kereta buatan Malaysia iaitu Waja, Wira, Perdana dan Satria.

Transisi Tahun 1

Taklimat Bersama Ibu Bapa (1.1.2010)
Perjumpaan Bersama Murid (4. 1.2010)


Tujuan:

1. Membina hubungan mesra di kalangan murid Tahun 1 dengan guru-guru dalam masa yang singkat.
2. Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosio-ekonomi.
3. Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran di sekolah baru.
4. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid.
5. Memupuk semangat kerjasama dengan cara menetapkan dan mencapai matlamat kolaboratif.

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2010

Suasana hari pertama persekolahan.

Perhimpunan pagi.


Barisan guru.


Murid Tahun 1 ditemani ibu bapa semasa membeli makanan di kantin