SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA, 01000 KANGAR, PERLIS.
Tel/Faks: 049767034
E-mel:skpdgkota@gmail.com

Thursday, February 25, 2010

GOTONG ROYONG CEGAH AEDES 2010

Tarikh : 23 Februari 2010

Tempat : Kawasan Sekolah













Aktiviti gotong royong ini diadakan di atas arahan JPN yang ingin mencegah gejala Aedes di semua sekolah di Perlis. Dengan itu, semua murid Tahap 2, guru dan pekerja sekolah telah bersama-sama membersihkan kawasan yang berkemungkinan menjadi tempat pembiakan jentik-jentik. Murid-murid telah berkumpul di sekolah mulai jam 2.30 petang walaupun aktiviti bermula jam 3.00 petang. Hasil kerjasama semua pihak, aktiviti berakhir jam 5.30 petang.

PELANCARAN HARI ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh :22 Februari 2010
Tempat : Dataran SKPK


Pelancaran Hari Anti Dadah Peringkat Sekolah disempurnakan oleh Puan Zainap binti Sulaiman. Dalam ucapan pelancaran tersebut beliau menyentuh tentang bahaya daun ketum memandangkan daun tersebut senang didapati di Perlis. Air rebusan daun ketum boleh menjejaskan sistem saraf pusat manusia dan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana mengandungi "mitraginin" yang tahap ketagihannya sama dengan morfin. Sebelum ini, daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, selain rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan merawat sakit belakang.

Bagaimanapun air rebusan daun ketum disalahgunakan dan dijual secara meluas kepada pengguna biasa terutama di kalangan remaja. Air rebusan daun ketum boleh menjejaskan sistem saraf pusat manusia dan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana mengandungi "mitraginin" yang tahap ketagihannya sama dengan morfin. Seterusnya majlis diikuti dengan bacaan ikrar yang dipimpin oleh adik Anis Khairani bt. Mazari iaitu Ketua Pengawas.

TAKLIMAT KELAS KRISTAL UNTUK IBU BAPA

TARIKH :11 FEBRUARI 2010
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER, SKPK





Taklimat ini diadakan untuk menerangkan kepada ibu bapa tentang masalah pembelajaran yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Ibu bapa dikehendaki memberi kerjasama dalam apa jua aktiviti yang akan diadakan oleh pihak sekolah bagi menangani masalah tersebut.