SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA, 01000 KANGAR, PERLIS.
Tel/Faks: 049767034
E-mel:skpdgkota@gmail.com

Saturday, November 7, 2009

Mesyuarat Kurikulum dan Mesyuarat Guru

Tarikh : 8 November 2009
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Seaview Hotel, Kuala Perlis

Mesyuarat ini antara lain membentangkan semua program dan aktiviti panitia yang dijalankan di sepanjang tahun 2009.
Pn. Zainap bt Sulaiman, Guru Besar SKPK dan Pn. Norehan bt Ishak, GPK Kokurikulum.
Pembentangan Panitia Matematik.

Sesi mesyuarat.
Sesi rehat untuk makan tengah hari.

KEM MEMBACA 1MALAYSIA

Antara aktiviti yang dijalankan di sepanjang Kem Membaca 1Malaysia mulai 26 Oktober hingga 5 November 2009

Spelling Bee


Kenalan Bacaan




Jejak Maklumat

Mewarna Poster
Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia
10 Minit Bersama Buku
Membaca Bersama

Tuesday, October 20, 2009

Sehari Bersama Komuniti

Pada 15 Oktober 2009 (Khamis) pihak sekolah telah menganjurkan Program Sehari Bersama Komuniti dan Karnival Sukan RIMUP peringkat sekolah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara komuniti setempat khasnya ibu bapa murid sekolah ini. Ianya juga sebagai memenuhi masa terluang murid-murid Tahun 6 yang baru saja habis menduduki UPSR. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Senamrobik, Persembahan Gimrama, dan sukaneka.


Acara senamrobik

Paluan Kompang

Pn. Zainap bt. Sulaiman sedang menyampaikan cenderahati kepada wakil Sime Darby iaitu En. Mohd Sahlan b. Mohd Zaki.

Acara sukaneka 'Si Buta Mendapat Rezeki'

Sukaneka 'Boling Kelapa'

Hadiah disampaikan oleh Pn. Zainap bt Sulaiman, Guru Besar SKPK kepada pemenangPenyampaian hadiah untuk kategori keluarga.....

Wednesday, October 7, 2009

Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah

Pada 2 Oktober 2009 pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah. Majlis ini merupakan majlis tahunan sekolah yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga SKPK.

Pasangan duet glamour, En. Za Azlim dan En. Mohd Yusree.....pandai ke nyanyi?

Murid yang membuat persembahan diiringi muzik yang dimainkan oleh En. Abd. Razak.


Sesi paling best.....dapat makan laksa.....!


Cantik anak-anak kecil berpakaian raya....

SUMBANGAN DUIT RAYA

Tarikh :
Masa :
Tempat : Kantin Sekolah

Seramai 50 orang murid yatim dan miskin menerima duit raya sumbangan daripada Sime Darby Bhd dan orang perseorangan.

Sementara murid lain menerima duit raya hasil sumbangan para staf SKPK.

Monday, August 17, 2009

PAMERAN CETREE

Pada 14 Ogos 2009, USM telah mengadakan Pameran CETREE untuk warga sekolah di dataran SKPK.Pihak CETREE yang terlibat di dalam pameran ini telah mebawa bas C3 solar 2U sebagai bahan pameran bercorak inovatif dan sains.

Bas yang dipanggil C3 Solar 2U juga dilengkapi dengan konsep kecekapan tenaga. C3 Solar 2U ini menggunakan 100% tenaga solar sebagai ganti tenaga elektrik untuk menjana tenaga yang digunakan oleh pemanas air, komputer, peti sejuk dan lain-lain yang berada di dalam bas C3 solar 2U. Komputer yang berada di dalam bas ini terdapat permainan komputer yang di sukai oleh kanak-kanak, dan dengan cara ini kanak-kanak juga mudah memahami apa itu konsep kecekapan tenaga. Pembangunan bas ini adalah sumbangan pihak Sime Darby Sdn Bhd sebagai salah satu projek bersama sekolah angkatnya.

Kelengkapan atas bas guna sistem solar sepenuhnya...
Murid-murid tertarik dengan peralatan yang digerakkan dengan menggunakan sistem solar
Tekun mendengar penerangan dari pihak CETREE....

Ada permainan Dam Ular Kecekapan Tenaga dan Maze

PERTANDINGAN POSTER 3D MERDEKA KE-52

5 orang murid telah terlibat dalam Pertandingan Poster 3D Merdeka 52 anjuran Sime Darby Berhad. Syarat pertandingan mestilah menggunakan bahan terbuang. Antara bahan yang digunakan ialah surat khabar, beg plastik, kertas tisu, penyedut miniman, bekas buah, sarung tangan terpakai dan poster lama. Poster ini mengambil masa 2 hari untuk disiapkan dan telah dihantar kepada pihak Sime Darby pada 14 Ogos 2009. Tahniah kepada murid dan guru terlibat.....
Setelah siap....inilan rupanya.....

PERKHEMAHAN BADAN UNIFORM TAHUN 4 DAN 5


Perkhemahan badan Uniform ini telah diadakan pada 7 -9 Ogos di Kem Jaya Diri, Kg Syed Omar. Kem yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini dijayakan oleh seramai 50 orang murid daripada tahun 4 dan 5. Kehadiran Guru Besar, Pn. Zainap bt Sulaiman menyerikan lagi perkhemahan kami. Walaupun bekalan air terputus di sepanjang perkhemahan tapi kami bernasib baik kerana terdapat sumber air daripada atas bukit yang disalurkan melalui getah paip untuk kegunaan semua peserta perkhemahan. Sungguh mencabar....tapi seronok.

Walaupun kat dalam hutan tapi makan amat mewah...menu siap dengan ayam percik, nasi kerabu, sayur pucuk paku dan ulam -ulaman yang dikutip daripada tapak kem. Tambahan pula dengan musim buah....guru-guru tak lepas peluang menggoreng cempedak yang dijolok terus daripada pokok untuk kudapan semua murid. Siap bawa balik ke sekolah satu guni. Terima kasih kepada pengurus kem....Satu pengalaman yang sukar dilupakan...

BERSAMA TABUNG HAJI


Pada 3 Ogos 2009,Tabung Haji Cawangan Kangar telah menghantar 2 orang kaki tangannya untuk memudahkan murid/penjaga murid sekolah ini membuka akaun dan juga mendaftar pemegang akaunnya menyertai KELAB TAHA. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid dan juga penjaga.

Saturday, August 1, 2009

PROGRAM "BACALAH" BERSAMA DBP WILAYAH UTARA

Program ini diadakan pada 31 Julai 2009 (Jumaat). Ianya adalah program PSS dengan kerjasama DBP Wilayah Utara. Antara aktivitinya ialah Ceramah untuk semua murid dan Bengkel tahap 2 yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nuraini, Pengerusi Bidang Kemanusiaan, Fakulti Sains dan Sastera, UUM
.






HARI KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH

Hari Kecergasan ini telah diadakan pada 16 Julai bertempat di dataran SKPK. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Senamrobik, Pertunjukan Gimrama, Tai-chi Tahap 1 dan Aktiviti Merentas Desa untuk murid Tahap 2.


Senamrobik.

Pertujukan Gimrama

Ni pemandangan masa merentas desa.

Berehat seketika di Perkarangan Homestay Kg. Ujong Bukit.

Ni pula...Menjamu selera dengan pulut kukus/durian/cempedak/ikan kering.....


KURSUS PROSES TEKNIK BUKU DAN SHELVINGI KE-2




JK PSS telah menganjurkan Kursus Proses Teknik Buku dan Shelving pada 10 Julai 2009 (Sabtu) mulai pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Ianya merupakan salah satu aktiviti Pengawas Pusat Sumber Sekolah ini. Kursus dikendalikah sepenuhnya oleh JK PSS SKPK.

SOLAT HAJAT, BACAAN YAASIN DAN CERAMAH

Pada 9 Julai 2009 PIBG telah menganjurkan Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Ceramah untuk murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada bulan September ini. Majlis turut dihadiri oleh ibu bapa/penjaga murid dan semua guru. Ianya bermula dari pukul 7.00 petang hingga 11.00 malam. Majlis telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Abdullah bin Shafie, Ketua Sektor Unit Sekolah Rendah, JPN Perlis. Terima kasih Ustaz....walaupun kekangan kerja dan masa tapi masih sudi mencari kesempatan meluangkan masa untuk warga SKPK.


Syukran Jaziilan Ya Ustaz....




CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ 2009



Program ceramah Israk dan Mikraj telah diadakan untuk semua murid SKPK di Dewan Tahun 6 pada 9 Julai 2009 (Jumaat). Program ini merupakan program tahunan sekolah sempena Hari kebesaran Islam di bawah Panitia Pendidikan Islam. Ceramah telah disampaikan oleh Pn. Nor Suriati bt Abu Samah atau lebih dikenali sebagai "Umi" di kalangan warga sekolah.

BULAN JULAI BULAN MEMBACA


Tarikh : 6 Julai 2009
Tempat : Dataran SK Padang Kota.
Pengerusi majlis, Pn. Normayati bt Hussin, Guru Perpustakaan dan Media, SKPK.

Terima kasih diucapkan kepada PN. Zainap bt. Sulaiman kerana sudi merasmikan Pelancaran Bulan Julai Bulan Membaca Peringkat Sekolah

Persembahan Sajak yang bertajuk "Bacalah" oleh Adik Zafiratul Amani dari Tahun 1 Mahir


En. Shamsul Ariffin bin Mohd Diah, GPK HEM menyerahkan buku sumbangan DBP kepada Pn. Zainap bt. Sulaiman selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk PSS, SK Padang Kota untuk diletakkan di PSS sekolah.