SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA, 01000 KANGAR, PERLIS.
Tel/Faks: 049767034
E-mel:skpdgkota@gmail.com

Wednesday, April 29, 2009

Terima Kasih MILO



Rezeki datang bergolek....
Tak sangka hari ini dah la buat aktiviti untuk Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia tiba-tiba van MILO datang pulak untuk memberi minum percuma kepada warga sekolah. Berbaloi sungguh....terima kasih MILO...

Aktiviti Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia Peringkat Sekolah 2009





Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) menetapkan tarikh 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (World Book and Copyrights Day). Bagi menyahut dan menyokong program ini Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Peraduan Mewarna Kulit Buku untuk Tahap 1 dan Mereka Kulit Buku untuk Tahap 2 pada 27 April 2009. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Sunday, April 26, 2009

TINGGAL KENANGAN


Inilah bangunan yang akan dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru. Bangunan baru akan dibina di tapak ini bermula Mei 2009...
Bangunan yang banyak memberi makna kepada kami warga SKPK akan luput dari muka bumi ini. Namun ia tetap berdiri teguh di hati kami...





Kelihatan Puan Noor Zarrena dan murid sedang mengemas untuk mengosongkan bilik. Yang ini adalah bilik SAL.

TAHNIAH UNTUK EN. AHMAD ZAHIR BIN SAAD KPP, BTPN PERLIS

Tahniah kepada En. Ahmad Zahir bin Saad kerana telah dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis mulai 15 April 2009

PEMANTAUAN MAKMAL KOMPUTER


En. Zamri bin Zakaria, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Tunjong sedang memantau peralatan di Makmal Komputer SKPK sambil diperhatikan oleh Cik Anum bt Kassim, Juruteknik Komputer, PKG Tunjong dan En. Za Azlim b. Abd Rahman, Guru ICT SKPK.

HARI GURU 2009

Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah Guru Pembina Negara Bangsa.
Rasional pemilihan tema tersebut ialah:

a. Guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuang dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui system pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar.
b. Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan kepesatan dunia luar.
c.
Kecekapan dan keberkesanan guru menerusi system pendidikan membina negara bangsa yang berjaya.

d.
Peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.


LAGU TEMA HARI GURU 2009


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Wednesday, April 15, 2009

KURSUS EDUWEBTV SKPK 2009




TARIKH: 6 APRIL 2009
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER, BTPN PERLIS

Kursus ini telah diberikan oleh Pn. Normayati bt Hussin (Guru Perpustakaan/Media) , En. Azman bin Ahmad (Guru APD) dan turut dibantu oleh En. Shamsul Ariffin bin Mohd Diah, GPK HEM. Pihak sekolah amat berbesar hati di atas kehadiran En. Ahmad Zahir bin Saad, Pemangku KPP BTPN Perlis yang sudi memberikan ucapan alua-aluan dan juga En. Zamri bin Zakaria, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Tunjong yang meluangkan sedikit masa menjenguk perjalanan kursus.

TEAM BUILDING STAF SKPK 2009



TARIKH : 7-9 MAC 2009
TEMPAT : HARVARD (JERAI) HOTEL

Seramai 40 orang staf sokongan SKPK telah menyertai Program Team Building Staf 2009. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah JPN Perlis iaitu En. Mansor bin Lat. Semasa majlis perasmian ia turut disertai oleh SK Padang Melangit yang turut mengadakan program yang sama.

Tuesday, April 14, 2009

FALSAFAH PUSAT SUMBER SEKOLAH


PSS adalah satu sistem yang hidup yang menekankan aktiviti dan perancangan tersusun dalam erti kata ia bukannya koleksi atau tempat menyimpan alat dan bahan tetapi satu jalinan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang aktif dan praktik melalui penggunaan deria-deria dan anggota. Ini bererti proses pengajaran-pembelajaran berlaku dengan seronok dan berkesan yang berakhir dengan “Peningkatan pembelajaran tanpa tungkus-lumus pengajaran”.

Daripada falsafah di atas, butir-butir takrifan berikut perlu dihayati:

  • PSS merupakan tempat aktiviti akademik yang melibatkan pengalaman praktik guru dan juga murid.
  • Ia adalah satu sistem atau pusat perkhidmatan untuk menolong pencapaian matlamat kurikulum.
  • Himpunan atau koleksi alatan dan bahan adalah hanya satu kaedah, sedangkan matlamat sebenarnya ialah aktiviti yang dinamis.
  • Untuk menjadikannya satu tumpuan aktiviti, yakni sebagai nadi pengajaran dan pembelajaran, “Semangat PSS” perlu dipupuk di kalangan guru dan pelajar.

SUDUT PUSAT SUMBER SEKOLAH

SUDUT MENGENALI WARGA SEKOLAH

  • Mewujudkan mengeratkan hubungan antara guru dengan guru dan murid dan guru.
  • Memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua warga sekolah dengan jelas.
  • Menanam sikap hormat dan sayang murid kepada warga sekolah.
  • Memenuhi konsep ” Sekolahku Rumahku “.

SUDUT MURID CEMERLANG KOKURIKULUM

  • Merangsang murid untuk memajukan segala potensi dan bakat pada diri mereka.
  • Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
  • Menjadi perangsang kepada murid lain untuk mencontohi kejayaan murid yang berjaya.

LAMAN GEMILANG(MURID BERJAYA UPSR)

  • Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
  • Memberi perangsang kepada murid lain untuk berjaya dalam UPSR.
  • Menjadikan murid berjaya sebagai idola dan sumber inspirasi murid lain.

ALBUM PUSAT SUMBER

  • Merekod segala aktiviri Pusat Sumber Sekolah dalam bentuk gambar.
  • Mencatat segala kenangan yang melibatkan Pusat Sumber.
  • Menampilkan gambar-gambar sudut yang terdapat di dalam Pusat Sumber.

SUDUT PAMERAN BUKU SKRAP

  • Menghargai segala penglibatan murid dalam pertandingan.
  • Menghargai kesungguhan murid dalam melaksanakan segala pertandingan.
  • Menampilkan buku skrap contoh kepada khalayak sekolah.

SUDUT PAMERAN BUKU BARU

  • Menarik minat murid untuk membaca.
  • Memaklumkan kehadiran buku baru di dalam perpustakaan.


SUDUT KUIZ BESTARI

  • Menarik minat murid untuk menyertai pertandingan.
  • Meletak segala maklumat tentang pertandingan.
  • Memudahkan murid mencari soalan dan jawapan pertandingan.

SUDUT SEJARAH SEKOLAH

  • Menanam semangat sayangkan sekolah pada diri guru dan murid.
  • Memaklumkan sejarah sekolah kepada semua guru dan murid.

LAMAN CAKNA PANTUN

  • Menambah pengetahuan murid tentang pantun.
  • Mengekalkan budaya melayu.

SUDUT DETIK-DETIK BERSEJARAH

  • Merakam detik-detik bersejarah yang berlaku di sekolah.
  • Menghargai kejayaan sekolah.

LAMAN KOLEKSI MAYA

Laman ini mengandungi 3 segmen iaitu:
Sudut Mata Wang Sedunia
Sudut Koleksi Setem Sedunia
Sudut Koleksi Kad Telefon dan Kad Pintar Sedunia.

  • Memperkenalkan budaya dunia kepada murid.
  • Memperkenalkan maklumat tentang dunia kepada murid.
  • Menanam minat murid terhadap sesuatu hobi yang berfaedah.

SUDUT PAMERAN BERMUSIM/BERTEMA

  • Menghargai bakat yang ada pada murid.
  • Menampilkan karya murid kepada khalayak sekolah.
  • Menampilkan rasa keyakinan diri pada murid.

SUDUT HASIL KERJA MURID

  • Menghargai segala hasil kerja murid.
  • Menyimpan bahan bercerita dan pupet untuk kemudahan murid.

SUDUT PERMAINAN

  • Memperkenalkan permainan yang menguji kepintaran murid.
  • Mengekalkan permainan tradisional

SUDUT POHON ILMU

  • Mengantung bahan-bahan pembelajaran sebagai rujukan murid.
  • Mengantung bahan-bahan hasil seni murid.
  • Menghargai hasil kerja murid yang berkualiti.

SUDUT BERCERITA

  • Sebagai tempat murid bercerita dan menampikan keyakinan diri yang teguh.
  • Sebagai tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.

SUDUT MAYA PUPET

  • Sebagai tempat murid membuat persembahan pupet dan menampikan keyakinan diri yang teguh.
  • Sebagi tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.

SUDUT WARISAN BUDAYA

  • Untuk mengekalkan warisan budaya yang hampir hilang.
  • Sebagai tempat murid belajar tentang kebudayaan bangsa Malaysia.

SUDUT CINTAI KEINDAHAN DAN KEBUDAYAAN NEGARA

  • Untuk memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua negeri dan tempat menarik yang terdapat di dalam negara.
  • Menanam sikap menyintai negara sendiri.
  • Memperkenalkan destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita.


LAMAN BUSANA

  • Memperkenalkan kepada murid tentang jenis-jenis pakaian yang terdapat di negara kita.
  • Menanam sikap sayangi sesama kaum pada diri murid.

SUDUT PAMERAN BARANG ANTIK

  • Mengekalkan barang-barang antik yang hampir hilang di dalam pengunaan masyarakat pada zaman sekarang.
  • Menambah ilmu pada diri murid tentang barang-barang antik yang pernah wujud.
  • Memberi peluang kepada murid untuk membezakan teknologi lama dan teknologi sekarang.

SUDUT SELF ACCESS LEARNING

  • Memberi peluang kepada murid untuk belajar sendiri.
  • Memberi peluang kepada murid untuk mencari ketenangan.

SUDUT SEJENAK MEMBACA

  • Memberi peluang kepada murid untuk membaca di mana-mana sudut di dalam perpustakaan.
  • Memperkenalkan konsep “Ilmu Ada Di Mana-Mana”.

SUDUT AKHBAR

  • Untuk memberi peluang kepada guru dan murid mengetahui berita-berita semasa.
  • Mewujudkan budaya membaca yang kuat pada diri guru dan murid.

SUDUT RUJUKAN GURU

  • Memudahkan murid mencari bahan rujukan.

SUDUT RUJUKAN MURID

  • Memudahkan murid mencari bahan rujukan

SUDUT KAKTUS

  • Mewujudkan pembelajaran melalui konsep”BENDA HIDUP”.
  • Memperkenalkan budaya ilmu bukan sahaja ada di dalam buku.
  • Menanam sikap gemar pada hobi yang berfaedah.

SUDUT MAJALAH

  • Untuk mewujudkan budaya membaca pada diri murid.
  • Mempelbagaikan bahan bacaan di dalam perpustakaan.

SUDUT HIDUPAN AIR

  • Memperkenalkan benda hidup kepada murid.
  • Memberi ketenangan kepada pengunjung perpustakaan.

SUDUT KOLEKSI RANTAI KUNCI

  • Menambahkan ilmu kepada murid melalui benda selain buku.
  • Menggalakan murid mempunyai hobi yang berfaedah.

SUDUT PROGRAM NILAM

  • Memudahkan segala urusan yang melibatkan Program NILAM.
  • Melicinkan guru membuat analisis .
  • Memudahkan murid menyelesaikan segala masalah berkaitan Program Nilam.

SUDUT ANGKASA LEPAS

  • Mewujudkan kaedah pembelajaran yang mampu menarik minat murid.
  • Mewujudkan lokasi pembelajaran secara pelan dan susun atur yang betul.
  • Menambat perhatian dan pemerhatian murid secara menyeluruh.

SUDUT JALAN RAYA

  • Mewujudkan suasana di jalan raya secara harmoni
  • Mendisplin murid tentang undang-undang di jalan raya.

SUDUT TOKOH PEMIKIR ISLAM

  • Memberi kesedaran kepada murid tentang kebijaksanaan tokoh-tokoh pemikir Islam.
  • Menjadikan orang yang warak dan bestari sebagai idola mereka.

SUDUT INFO AKUARIUM

  • Memberi peluang murid untuk mencari minat atau hobi yang berfaedah.
  • Menambah pengetahuan murid tentang hal yang berkaitan dengan akurium

SUDUT NOSTALGIA GURU

  • Memberi peluang kepada guru untuk mengabadikan kenangan silam mereka.
  • Memberi peluang kepada murid untuk melihat wajah guru mereka.
  • Menjadikan kejayaan guru sebagai idola dan inspirasi kepada murid.

SUDUT KARYA-KARYA BESAR/AGUNG

  • Memberi peluang kepada pelajar membaca hasil karya penulis-penulis:
    i. Terkenal
    ii. Sasterawan Negara
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca karya-karya yang pernah memenangi anugerah.

PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH


Sebagai pusat ilmu iaitu mempunyai perbendaharaan ilmu yang banyak.
  • Pusat pembelajaran iaitu melalui pelbagai sumber dan perkhidmatan yang disediakan.
  • Pusat pengajaran iaitu tempat untuk guru mengajar dengan berkesan melalui kemudahan canggih yang disediakan.
  • Pusat profesional iaitu melalui latihan dalaman atau perbincangan kumpulan.

Keempat-empat peranan Pusat Sumber ini berkait rapat dengan fungsi utama Pusat Sumber, iaitu pengumpulan,penyebaran,penyusunan dan penggunaan atau penyebaran maklumat.


SELAMAT DATANG




Selamat datang ke SK Padang Kota, 01000 Kangar, Perlis. Terletak kira-kira 3 km dari bandar Kangar. Merupakan sebuah sekolah luar bandar yang mempunyai seramai 320 rang murid dan 31 orang guru. Kebanyakan murid di sekolah ini anak petani dan buruh kontrak.