SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA, 01000 KANGAR, PERLIS.
Tel/Faks: 049767034
E-mel:skpdgkota@gmail.com

Monday, April 2, 2012

Pentauliahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS 2012.

Tarikh: 20 Februari 2012
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan SKPK.



En. Shukran bin Abdullah, Guru Besar SKPK sedang menandatangani watikah pentauliahan.


Bacaan ikrar pengawas sekolah dan pengawas pss

Pengawas terdiri daripada murid Tahun 4 ,Tahun 5 dan Tahun 6. Pengawas sekolah seramai 36 orang manakala pengawas pusat sumber seramai 18 orang.

Tahniah diucapkan. Semoga mereka dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang .

7 PERPUSTAKAAN TERBESAR DI DUNIA


1. Library of Congress

Library of Congress ini berada di Washington DC, Amerika Syarikat. Dibina pada tahun 1800. Perpustakaan ini memiliki lebih dari 30 juta stok buku. Library of Congress muncul di dalam filem National Treasure 2.

2. National Library of China

National Library of China berada di Beijing, Cina. National Library of China didirikan pada tahun 1909. Perpustakaan ini memiliki lebih dari 22 juta buku.


3. Library of the Russian Academy of Sciences

Library of the Russian Academy of Sciences berada di St Petersburg, Rusia. Library of the Russian Academy of Sciences didirikan pada tahun 1714. Perpustakaan ini memiliki stok lebih dari 20 juta buku.


4. National Library of Canada

National Library of Canada terletak di Ottawa, Kanada. National Library of Canada didirikan pada tahun 1953. Perpustakaan ini memiliki lebih dari 18.800.000 stok buku.


5. German National Library


German National Library terletak di Frankfurt, Jerman. Ianya didirikan pada tahun 1990. Perpustakaan ini mempunyai lebih dari 18.500.000 buah buku.


6. British Library


British Library berada di London. British Library didirikan pada 1753. Perpustakaan ini memiliki lebih dari 16 juta buah buku.


7. Institute for Scientific Information Russian Academy of Sciences

Institute for Scientific Information Russian Academy of Sciences terletak di Moscow, Rusia. perpustakaan ini didirikan pada tahun 1969. Perpustakaan ini memiliki lebih dari 13.500.000 buah buku.