SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA, 01000 KANGAR, PERLIS.
Tel/Faks: 049767034
E-mel:skpdgkota@gmail.com

Friday, July 9, 2010

CONTOH AKTIVITI UNTUK MEMAKSIMUMKAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS

• Bulletin Board

Papan Buletin merupakan papan yang disediakan bertujuan untuk mempamerkan projek,item-item berita, hasil penulisan/kreatif pelajar, peribahasa, pepatah, item-item berbentukperkataan dan sebagainya. Susun atur papan adalah penting. Guru-guru perlu memberi perhatian kepada penggunaan tajuk, kapsyen, bahan illustrasi, penggunaan warna dan sebagainya. Bahan-bahan yang dipamerkan perlu kerap ditukar. Jawatankuasa khas perlu ditugaskan untuk merancang pengendalian papan buletin ini. Pelajar-pelajar pula perlu didorong untuk menyumbang idea dan bahan-bahan.

• Choral Reading

“Choral Reading” adalah satu aktiviti di mana sesuatu bahan atau teks dipilih dan dibaca oleh pelajar secara kumpulan dengan penuh perasaan. Dalam persembahan “Choral

Reading” pelajar-pelajar perlu memikirkan tentang makna teks, irama dan bunyi setiap baris atau ayat. Mereka juga perlu mengenal pasti tempat-tempat berhenti seketika dan perkataanperkataan yang perlu diberi penekanan. “Choral Reading” membantu pelajar mempelajari proses sebutan secara tepat dan mempelbagaikan nada suara, tempo dan kualiti suara yang baik untuk tujuan kesan khas.

• Jazz Chants

“Jazz Chants” melibatkan teks atau rangkap yang dilafaz atau dideklamasikan mengikut rentak atau irama tertentu. Rangkap ini boleh didendangkan secara perseorangan atau dalam kumpulan. Selalunya, teks dilafazkan dalam pelbagai rentak dan nada bersesuaian dengan maksud rangkap berkenaan.

• Poetry Recital

Aktiviti deklamasi sajak boleh dipersembahkan oleh pelajar secara individu atau berkumpulan semasa perhimpunan mingguan atau masa-masa lain dianggap sesuai. Pelajar dibenarkan memilih jenis sajak yang ingin dideklamasikan. Contohnya, sajak berlirik, naratif atau satira. Pertandingan mendeklamasikan sajak juga boleh dianjurkan dan markah boleh diberikan berdasarkan sebutan, kaedah pengucapan dan penyataan, gaya dan lain-lain.

• Story-telling

Aktiviti bercerita lazimnya dilakukan secara individu. Pelajar dibenarkan untuk memilih kisahkisah benar atau yang berunsur khayalan. Dalam menganjurkan pertandingan bercerita, pihak penganjur perlu menetapkan kadar masa, contohnya 10-15 minit dan peserta juga perlu diberitahu bahawa mereka akan dinilai dari segi penyampaian, sebutan, kaedah pengucapan dan penyataan, gaya dan lain-lain.

• Aktiviti Drama dan Sketsa

Drama dan sketsa merupakan aktiviti yang menarik minat dan mendapat sambutan baik daripada pelajar. Pertandingan drama dan sketsa antara kelas/tingkatan adalah digalakkan. Syarat-syarat pertandingan boleh ditentukan oleh setiap sekolah mengikut tahap dan kebolehan pelajar. Aktiviti drama atau sketsa ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk melLiahkan perasaan serta memperkembangkan kreativiti mereka. Aktiviti ini juga akan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan lebih luas dalam Bahasa Inggeris untuk tujuan hiburan dan pendidikan.

• Daily News Recap

Masa yang sesuai seperti masa rehat perlu dikhaskan untuk memberi peluang kepada pelajar mengimbas semula berita-berita penting yang dilaporkan dalam Bahasa Inggeris sama ada dalam suratkhabar atau media-media lain.

• Assembly Presentations

Aktiviti ini melibatkan peruntukan masa yang khusus dalam perhimpunan mingguan bagi persembahan-persembahan dalam Bahasa Inggeris. Persembahan ini boleh diadakan dalam pelbagai bentuk seperti persembahan “jazz chants”, deklamasi sajak dan bercerita.Persembahan ini boleh dilakukan secara bergilir-gilir oleh pelajar secara individu dan berkumpulan.

Air waves

Beberapa minit setiap hari perlu diperuntukkan supaya pengumuman dan laporan mengikut tajuk-tajuk tertentu dapat disiarkan dalam Bahasa Inggeris melalui sistem siar raya.

• English Day/Week

Pihak sekolah perlu mengisytiharkan satu hari dalam seminggu sebagai Hari Bahasa Inggeris. Pada hari tersebut semua pelajar, guru dan staf sokongan akan berinterasi

dalam Bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, penglibatan guru-guru dan staf sokongan akan memberikan pelajar impetus untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam aktiviti-aktiviti harian mereka. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan Mingguan Bahasa Inggeris sebulan sekali atau dua bulan sekali.

• Spelling Bee

“Spelling Bee” merupakan gelaran yang diberi kepada seseorang pelajar yang pakar dalam ejaan. Untuk mengenal pasti individu ini pertandingan ejaan akan diadakan di mana pelajar perlu mengeja senarai perkataan yang ditetapkan. Pemenang ialah pelajar yang dapat mengeja semua perkataan yang diberi dengan tepat.

• DEAR (Drop Everything and Read) Project

Ini adalah satu projek bacaan luas. Peruntukan masa selama 20 minit atau 30 minit dalam seminggu diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar, guru dan kakitangan sekolah membaca bahan dalam Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar boleh membawa bahan bacaan sendiri atau meminjamnya daripada perpustakaan sekolah.

• Readathon

“Readathon” merupakan pertandingan membaca di kalangan pelajar. Pada jangka masa yang ditetapkan ( 3 hingga 6 bulan) pelajar dikehendaki membaca seberapa banyak buku yang boleh. Pelajar dikehendaki mencatat semua judul buku yang dibaca sebagai bukti.Pemenang ialah pelajar yang telah membaca dan memahami bilangan buku yang terbanyak.

• Debate

Pertandingan bahas antara kelas adalah amat digalakkan. Ini adalah kerana aktiviti perbahasan memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyal penguasaan Bahasa Inggeris yang baik untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dalam teknik berhujah. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar ini juga akan menjadi “role model” kepada pelajarpelajar lain. Topik-topik semasa dan kontroversial boleh dipilih sebagai stimulus ke arah sesi perbahasan yang menarik, berkesan dan berfaedah.

• English Quiz

Pihak sekolah boleh menganjurkan kuiz dalam Bahasa Inggeris. Soalan-soalan boleh diperingkatkan daripada topik-topik umum kepada topik-topik yang lebih spesifik seperti sukan, personaliti terkenal, sejarah dan geografi. Pelajar perlu dimaklurnkan tentang peraturan-peraturan asas terutama sekali mengenai bilangan cubaan yang dibenarkan.

• Language Games

Permainan bahasa adalah sangat popular di kalangan pelajar. Antara contoh-contoh permainan bahasa dalam Bahasa Inggeris ialah permainan menggunakan kad seperti “Happy Families”, permainan berunsurkan “papan” seperti “Monopoly”, “Totopoly” dan permainan mengaplikasikan perkataan seperti “Scrabble” dan “Boggle”. Pelajar perlu digalakkan bermain permainan-permainan seperti di atas apabila ada kelapangan. Pihak sekolah atau Persatuan Bahasa Inggeris perlu menyediakan set-set permainan ini untuk pelajar. Pertandingan permainan bahasa juga boleh dianjurkan.

• Corridor of Knowledge

Koridor sekolah boleh dijadikan koridor pengetahuan. Dinding koridor boleh dijadikan sebagai tempat mempamerkan hasil penulisan pelajar seperti karangan, berita dalam Bahasa Inggeris dan bahan-bahan lain. Papan bergerak boleh digunakan sekiranyakoridor terlalu sempit.

No comments:

Post a Comment