SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA, 01000 KANGAR, PERLIS.
Tel/Faks: 049767034
E-mel:skpdgkota@gmail.com

Wednesday, December 28, 2011

Persediaan Kembali Ke Sekolah

  • Latih anak bertanggungjawab terhadap barang-barang sendiri seperti beg sekolah, buku teks, alat tulis, buku tulis dan sebagainya.
  • Beri peluang anak jalin hubungan baik bukan sahaja dengan ahli keluarga tetapi juga bukan keluarga dan rakan sebaya untuk memupuk kemahiran bergaul dan berjaya di sekolah.
  • Gunakan bahasa yang sempurna di rumah kerana penguasaan sesuatu bahasa dengan baik dapat membantu meningkatkan kefahaman anak di sekolah.
  • Asuh anak tentang kemahiran berpakaian khususnya apabila bertukar pakaian untuk latihan jasmani serta cara melipat dan menyimpan pakaian di tempat selamat.
  • Latih anak menggunakan tandas secara betul seperti amalan beristinjak, menanggalkan pakaian dan memakai semula serta amalan mencuci tangan selepas ke tandas.
  • Selain mengajar menggunakan telefon awam, bekalkan anak-anak dengan nombor telefon yang betul dan minta mereka hafal beberapa nombor seperti rumah, pejabat atau telefon tangan.
  • Terangkan keadaan bagaimana mereka boleh menghubungi ibu bapa seperti sakit perut, demam, tertinggal bas, waktu persekolahan tamat lebih awal dan sebagainya.
  • Latih anak-anak menyampaikan pesanan yang betul dalam bentuk lisan atau bertulis agar apa yang dipesan guru kepada ibu bapa dapat diingat dengan betul.
  • Terangkan keadaan bila dan bagaimana untuk meminta bantuan guru atau orang dewasa seperti terjatuh, terluka, dipukul murid dan sebagainya.
  • Perkenalkan anak dengan nilai wang dan banyak mana yang patut diberi apabila membeli makanan di kantin sekolah.
  • Latih anak mengawasi waktu bila seharusnya mereka patut bangun tidur, mandi, gosok gigi, dan berpakaian untuk ke sekolah
  • Ajar anak anda cara membaca jadual waktu sekolah. Mulakan dengan menunjukkan buku-buku berkaitan dan mengemaskannya untuk anak anda.

No comments:

Post a Comment