SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA, 01000 KANGAR, PERLIS.
Tel/Faks: 049767034
E-mel:skpdgkota@gmail.com

Saturday, August 1, 2009

PROGRAM "BACALAH" BERSAMA DBP WILAYAH UTARA

Program ini diadakan pada 31 Julai 2009 (Jumaat). Ianya adalah program PSS dengan kerjasama DBP Wilayah Utara. Antara aktivitinya ialah Ceramah untuk semua murid dan Bengkel tahap 2 yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nuraini, Pengerusi Bidang Kemanusiaan, Fakulti Sains dan Sastera, UUM
.






HARI KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH

Hari Kecergasan ini telah diadakan pada 16 Julai bertempat di dataran SKPK. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Senamrobik, Pertunjukan Gimrama, Tai-chi Tahap 1 dan Aktiviti Merentas Desa untuk murid Tahap 2.


Senamrobik.

Pertujukan Gimrama

Ni pemandangan masa merentas desa.

Berehat seketika di Perkarangan Homestay Kg. Ujong Bukit.

Ni pula...Menjamu selera dengan pulut kukus/durian/cempedak/ikan kering.....


KURSUS PROSES TEKNIK BUKU DAN SHELVINGI KE-2




JK PSS telah menganjurkan Kursus Proses Teknik Buku dan Shelving pada 10 Julai 2009 (Sabtu) mulai pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Ianya merupakan salah satu aktiviti Pengawas Pusat Sumber Sekolah ini. Kursus dikendalikah sepenuhnya oleh JK PSS SKPK.

SOLAT HAJAT, BACAAN YAASIN DAN CERAMAH

Pada 9 Julai 2009 PIBG telah menganjurkan Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Ceramah untuk murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada bulan September ini. Majlis turut dihadiri oleh ibu bapa/penjaga murid dan semua guru. Ianya bermula dari pukul 7.00 petang hingga 11.00 malam. Majlis telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Abdullah bin Shafie, Ketua Sektor Unit Sekolah Rendah, JPN Perlis. Terima kasih Ustaz....walaupun kekangan kerja dan masa tapi masih sudi mencari kesempatan meluangkan masa untuk warga SKPK.


Syukran Jaziilan Ya Ustaz....




CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ 2009



Program ceramah Israk dan Mikraj telah diadakan untuk semua murid SKPK di Dewan Tahun 6 pada 9 Julai 2009 (Jumaat). Program ini merupakan program tahunan sekolah sempena Hari kebesaran Islam di bawah Panitia Pendidikan Islam. Ceramah telah disampaikan oleh Pn. Nor Suriati bt Abu Samah atau lebih dikenali sebagai "Umi" di kalangan warga sekolah.

BULAN JULAI BULAN MEMBACA


Tarikh : 6 Julai 2009
Tempat : Dataran SK Padang Kota.
Pengerusi majlis, Pn. Normayati bt Hussin, Guru Perpustakaan dan Media, SKPK.

Terima kasih diucapkan kepada PN. Zainap bt. Sulaiman kerana sudi merasmikan Pelancaran Bulan Julai Bulan Membaca Peringkat Sekolah

Persembahan Sajak yang bertajuk "Bacalah" oleh Adik Zafiratul Amani dari Tahun 1 Mahir


En. Shamsul Ariffin bin Mohd Diah, GPK HEM menyerahkan buku sumbangan DBP kepada Pn. Zainap bt. Sulaiman selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk PSS, SK Padang Kota untuk diletakkan di PSS sekolah.



TERIMA KASIH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA


Pihak sekolah terutamanya JK Induk PSS mengucapkan terima kasih kepada DBP di atas kesudian melayan permohonan sumbangan buku untuk PSS sekolah ini.

Terima kasih daun keladi,
Tahun depan nak minta lagi.

Sunday, July 5, 2009

SKPK Mesra Alam Sekitar






























Pada 29 Jun 2009, Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan Program SKPK Mesra Alam Sekitar 2009. Program ini diadakan dengan kerjasama daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi ceramah, pameran, dan mewarna. Terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis terutama Encik Mad dan krew-krewnya.

Pesta Buku Perlis 2009


[logo+pesta+buku.gif]Pesta Buku Perlis 2009 merupakan pesta kali ketujuh yang diadakan di Dewan SJKC Khoon Aik, Kangar, Perlis. Pesta ini berlangsung selama 7 hari bermula dari 23 Jun 2009 hingga 29 Jun.
Rombongan SKPK seramai 62 orang murid dan 3 orang guru telah mengadakan lawatan ke pesta itu pada 26 Jun 2009.

LAWATAN KE KUALA LUMPUR 2009

Seramai 36 orang murid Tahun 6, SKPK telah terpilih mengikuti Lwatan Ke Kuala Lumpur pada 27 hingga 29 Jun 2009 di bawah tajaan Sime Darby Berhad. Antara tempat yang di lawati ialah Petrosains, Pusat Sains Negara, Muzim Negara, DBP dan Pusat Konvensyen Sime Darby. Terima kasih kepada Sime Darby.







Pidato Piala Diraja Peringkat PKP Paya.


SKPK telah menjadi tuan rumah untuk pertandingan ini pada 25 Jun 2009 di Dewan Sri Kota, jam 2.30 petang. Tahniah kepada peserta yang mengambil bahagian.

Saturday, July 4, 2009

PERTANDINGAN LALULINTAS SHELL/JKJR 2009


Pertandingan ini telah berlangsung pada 20 Jun 2009 (Sabtu) di Litar Lalulintas Sungai Batu Pahat. Peserta SKPK telah berjaya mendapat tempat Ketiga. Adik Mazidatul Husna bt Amir telah dinobatkan sebagai peserta Terbaik Penjalan Kaki dengan mendapat hadiah sebuah basikal, medal dan hadiah iringan sementara adik Nur Basyirahanim bt Bakri pula tempat Kedua Terbaik Pejalan Kaki. Kejayaan yang lain ialah Ujian Bertulis Terbaik diperolehi melalui adik Anis Syahirah bt Zukkifli dan Adik Nur Shawani bt Shaharabanum. Tahniah untuk semua peserta dan guru-guru terlibat.

Wednesday, June 17, 2009

ESQ 165 TRAINING ANGKATAN 11 SIME DARBY

Pertama sekali saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah Taala kerana dengan izin-Nya tergerak hati saya untuk menghadiri Kursus ESQ 165 ini walaupun telah setahun ditawarkan untuk warga SKPK menghadirinya. Kursus ini telah diadakan pada 22-24 Mei 2009 di Maju Junction Kuala Lumpur. Saya menghadiri kursus ini bersama-sama 3 orang lagi rakan setugas. Sesungguhnya ia merupakan satu pengalaman yang luarbiasa yang tidak pernah saya alami sebelum ini. Terima kasih kepada penaja iaitu Sime Darby Berhad kerana sudi menaja kami untuk menghadiri kursus ESQ yang sepengetahuan saya mencecah ribuan ringgit untuk seorang peserta. Sempat juga jumpa dan berbual dengan En. Roslan Razak, Vice President 1 , Sime Darby Business School dan En. Mohd Sahlan bin Mohd Zaki , CSR-Group Human Resources. Terima kasih Sime Darby.

Apa Itu ESQ 165?

The ESQ Way 165 yang mensinergikan kekuatan IQ (Intelectual Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient) bagi melahirkan manusia cemerlang yang memiliki kekuatan karakter dan membawa perubahan drastik yang positif diilhamkan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian dari Indonesia.

Angka 165 dipilih bagi memberi makna iaitu, satu hati yang ihsan, 6 (prinsip moral) berdasarkan 6 Rukun Iman dan 5 (langkah) berdasarkan 5 Rukun Islam.


Metodologi

Peserta akan dituntun untuk membangkitkan 7 nilai dasar: jujur, tanggung jawab, wawasan, disiplin, kerjasama, adil, dan prihatin. Nilai-nilai ini sesungguhnya sudah tertanam dalam diri manusia sejak lahir. Melalui training ESQ ini peserta diarahkan untuk dapat mencapai nilai-nilai dasar tersebut dan membantu membangkitkan kekuatan tersembunyi serta mengerahkan seluruh potensi dirinya untuk kehidupan dan pekerjaan yang lebih produktif.Yang unik dan membezakan training ESQ dari latihan lainnya adalah training dibuat sedemikian rupa sehingga peserta akan merasa seperti menikmati sebuah pertunjukan yang penuh makna. Sebagai bahan pendukung, peserta juga akan diajak terlibat beberapa aktiviti dalam training seperti permainan, simulasi, serta saling berbahagi pengalaman di antara peserta. Bahan-bahan training akan disampaikan secara multimedia yang menggabungkan antara animasi, klip filem, efek suara, dan musik. Ditampilkan dengan medium beberapa layar besar hingga 4 x 6 m dengan tata suara sekitar 10.000 watt. Training dilaksanakan di berbagai tempat terpilih dengan standard tertentu untuk memastikan bahawa training dapat berlangsung nyaman dan menyenangkan bagi peserta.

Melalui ESQ Model, para peserta akan dibawa sehingga terwujudnya titik keseimbangan di antara Kecerdasan Intelektual, Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual di samping membebaskan diri dari segala macam bentuk gangguan yang membelenggu potensi diri serta mengeluarkan seluruh kekuatan dalaman untuk mencipta pembaharuan di dalam pekerjaan.

Faedah Kepada Organisasi

Melalui latihan ini, akan lahirlah individu-individu ‘baru’ yang mempunyai keseimbangan di antara Kecerdasan Intelektual, Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual yang sekaligus akan memberikan kesan langsung ke atas prestasi kerja yang lebih produktif dan bermutu setelah segala potensi diri dan kekuatan dalaman dapat digunakan sepenuhnya bagi merealisasikan matlamat diri para pekerja itu sendiri yang pastinya selari dengan matlamat dan hala tuju organisasi. Training ESQ juga dapat membantu organisasi dalam mewarnai suasana kerja yang kondusif dan selesa melalui perhubungan sesama pekerja yang mesra, akrab dan sihat sehingga akan terbentuk suatu budaya yang sungguh unik bagi organisasi tersebut.



Inilah antara yang dapat dibawa pulang setelah menghadiri kursus. Mr. Zero, CD Asmaul Husna dan buku tu kena jawap Kuiz spontan dulu...kalau betul baru dapat...satu lagi kena aktif....

Tuesday, June 16, 2009

KEM KEPIMPINAN 2009

Antara aktiviti yang dijalankan...



TARIKH : 12 HINGGA 14 JUN 2009
TEMPAT : D'YAN CHALET, YAN, KEDAH
SASARAN : PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS, KETUA DAN PEN. KETUA KELAS
BIL. PESERTA : 60 ORANG

Antara aktiviti yang dijalankan di sepanjang kursus ini ialah ceramah motivasi, Latihan Dalam Kumpulan, Jungle Trekking, dan Tazkirah/Muhasabah Diri. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2009

Tarikh : 1hingga3 Jun 2009
Tempat : Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis
Peserta : 51 orang

MAJLIS PERSARAAN PN. MAZNAH BT. LONG, GPK PENTADBIRAN


29 Mei 2009 - Majlis Persaraan Pn. Hajah Maznah bt Long, GPK Pentadbiran SK Padang Kota telah diadakan di Dewan Sri Kota, SK Padang Kota. Majlis yang penuh sejarah dan bermakna ini turut

dihadiri oleh guru-guru yang sempat berkhidmat bersama beliau di SK Padang Kota seperti Pn. Hjh Khadijah bt Hussain (bekas GPK Pentadbiran), Pn. Ku Safiah bt Ku Chin (bekas GPK Kokurikulum), dan En. Helmi bin Husin yang sekarang memegang jawatan Guru Besar di SK Ujong Batu.





Pn. Maznah sedang diarak pulang oleh guru-guru dan murid.







Pada sebelah malamnya diadakan jamuan makan malam bersama ahli-ahli Jawatankuasa PIBG dan guru-guru SK Padang Kota di Hotel Putra Palace. Dalam ucapan akhir beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak terutama semua guru yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada beliau sewaktu bertugas di SKPK. dan memohon berbanyak kemaafan sekiranya ada sebarang kesilapan yang dilakukan oleh beliau sepanjang menjalankan bertugas sebagai GPK Pentadbiran. Beliau juga menasihati guru yang sedang berkhidmat agar sentiasa mengambil berat tentang anak didik dan berkhidmat dengan penuh dedikasi dan sentiasa mengamalkan budaya "Muridku Tanggungjawabku".

Ucapan Selamat Bersara dari semua guru, staf serta murid-murid SKPK. Puan Maznah, Jasamu Sentiasa Dikenang.

KEMPEN MENCARI AHLI PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI










Pada 27 Mei 2009, Perpustakaan Awam Negeri telah mengadakan kempen Mencari Ahli di SK Padang Kota. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari tersebut seperti Bercerita, Tayangan Cerita, Pameran, Jualan dan Kempen mencari Ahli.

Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah


Setiap tahun, tanggal 16 Mei, semua sekolah akan menyambut Hari Guru. Tahun ini, sambutan Hari Guru peringkat SKPK disambut pada19 Mei secara sederhana, namun kemeriahannya tetap dirasai. Pelbagai aturcara diadakan seperti perhimpunan, bacaan perutusan, koir guru, bacaan ikrar, cenderahati untuk guru, bacaan sajak, koir murid, dan acara sukaneka.

Sunday, June 14, 2009

Tahniah Kepada Peserta Kuiz Kesihatan SKPK


Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan peserta Kuiz Kesihatan SKPK kerana berjaya menjadi Johan Peringkat PKP Paya yang telah berlangsung pada 15 Mei 2009 di PKG Tunjong.