SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA, 01000 KANGAR, PERLIS.
Tel/Faks: 049767034
E-mel:skpdgkota@gmail.com

Monday, August 17, 2009

PERKHEMAHAN BADAN UNIFORM TAHUN 4 DAN 5


Perkhemahan badan Uniform ini telah diadakan pada 7 -9 Ogos di Kem Jaya Diri, Kg Syed Omar. Kem yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini dijayakan oleh seramai 50 orang murid daripada tahun 4 dan 5. Kehadiran Guru Besar, Pn. Zainap bt Sulaiman menyerikan lagi perkhemahan kami. Walaupun bekalan air terputus di sepanjang perkhemahan tapi kami bernasib baik kerana terdapat sumber air daripada atas bukit yang disalurkan melalui getah paip untuk kegunaan semua peserta perkhemahan. Sungguh mencabar....tapi seronok.

Walaupun kat dalam hutan tapi makan amat mewah...menu siap dengan ayam percik, nasi kerabu, sayur pucuk paku dan ulam -ulaman yang dikutip daripada tapak kem. Tambahan pula dengan musim buah....guru-guru tak lepas peluang menggoreng cempedak yang dijolok terus daripada pokok untuk kudapan semua murid. Siap bawa balik ke sekolah satu guni. Terima kasih kepada pengurus kem....Satu pengalaman yang sukar dilupakan...

No comments:

Post a Comment