SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KOTA, 01000 KANGAR, PERLIS.
Tel/Faks: 049767034
E-mel:skpdgkota@gmail.com

Monday, August 17, 2009

PAMERAN CETREE

Pada 14 Ogos 2009, USM telah mengadakan Pameran CETREE untuk warga sekolah di dataran SKPK.Pihak CETREE yang terlibat di dalam pameran ini telah mebawa bas C3 solar 2U sebagai bahan pameran bercorak inovatif dan sains.

Bas yang dipanggil C3 Solar 2U juga dilengkapi dengan konsep kecekapan tenaga. C3 Solar 2U ini menggunakan 100% tenaga solar sebagai ganti tenaga elektrik untuk menjana tenaga yang digunakan oleh pemanas air, komputer, peti sejuk dan lain-lain yang berada di dalam bas C3 solar 2U. Komputer yang berada di dalam bas ini terdapat permainan komputer yang di sukai oleh kanak-kanak, dan dengan cara ini kanak-kanak juga mudah memahami apa itu konsep kecekapan tenaga. Pembangunan bas ini adalah sumbangan pihak Sime Darby Sdn Bhd sebagai salah satu projek bersama sekolah angkatnya.

Kelengkapan atas bas guna sistem solar sepenuhnya...
Murid-murid tertarik dengan peralatan yang digerakkan dengan menggunakan sistem solar
Tekun mendengar penerangan dari pihak CETREE....

Ada permainan Dam Ular Kecekapan Tenaga dan Maze

No comments:

Post a Comment